Sunday, August 30, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA



SELAMAT KEPADA MALAYSIA !!!


MERDEKA SUDAH 52 TAHUN...


SEMOGA KEKAL LAGI 52 TAHUN

Friday, August 28, 2009

PENANGGUHAN FUAT 1-3 SEPT

Are you all aware of this? Email terkini 28 Ogos 2009 jam 4.00 petang dirujuki

PENANGGUHAN SESI FUAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH ===============================================
Sesi mesyuarat FUAT telah berlangsung bermula 17 Ogos 2009 hingga 3 Sept 2009 di BTPN Kedah, BTPN Kelantan, BTPN Sabah, BTPN Johor, BTPN WPKL dan BTPN N Sembilan. Cuma kumpulan ITC Selangor yang masih belum melaksanakan mesyuarat yang dijadualkan pada 1 - 3 Sept 2009. Berdasarkan sesi maklum balas, terdapat kecenderungan daripada ITC agar tiga modul utama perlu dirombak berdasarkan keperluan sekolah. Tiga modul itu ialah modul Pengurusan Jadual Waktu, Kehadiran dan Peperiksaan. Syarikat RASB maklum perkara ini dan hasil daripada perbincangan di peringkat BTP semua pihak bersetuju agar sesi FUAT ditangguhkan dulu sebelum penelitian terhadap tiga modul itu selesai. Selain itu, RASB juga sedang dalam proses mengemaskini modul (patching) dan sehingga setakat ini dua kali patching telah dilaksanakan bermula 21Ogos 2009. Ini bermaksud RASB inginkan agar sistem ini benar-benar berfungsi dan mengikut keperluan pengguna di sekolah. Berdasarkan dua perkara di atas, saya memohon tuan/puan menangguhkan dulu sesi FUAT yang dijadualkan pada 1 Sept 2009 (selama 10 hari). Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian.
Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini diucapkan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menurut perintah,
........................
(ZULKEFLI B HJ MUHAMMAD)
b.p Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pesiaran Bukit KiaraKUALA LUMPUR
tel: 03-20986655

Monday, August 24, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN AL- MUBARAK














Alhamdulillah Allah masih menyayangi diri kita kerana membenarkan kita menghirup udaraNya sehingga bertemu penghulu segala bulan Ramadan Al Mubarak 1430 Hijrah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kta untuk menjalankan ibadah puasa tahun ini dengan lebih baik dan sempurna dari tahun-tahun sebelumnya.

Kepada semua rakan-rakan dan sahabat yang sempat mengintai ruangan ini "Selamat Berpuasa", moga puasa kita diterima oleh Allah s.w.t. Rebutlah peluang yang terdapat dalam bulan Ramadan kerana ianya adalah "Special offer" dari Allah untuk kita rebut pahala yang berlipat kali ganda. Banyakkanlah beramal ibadat bagi menyuci segala dosa lalu Amin...

TO ALL MUSLIMS LOCAL & ABROAD












Specailly dedicated to Thurai - SK Vaseegar KS.

Thursday, August 13, 2009

Pengisian SSQS

Assalamualaikum.....Salam sejahtera. Teman GPB Selangor semua. Pengisian SSQS akan berakhir besok 14 Ogos. So sesama kita kena faham apakah tindakan kita. Apatah lagi kita ingin menjadikan Selangor sebagai pelopor kecemerlangan Sekolah Bestari. Memang agak rumit untuk mengumpulkan 30 guru dan 30 pelajar untuk tujuan pengisian tersebut. Saya melakukan begini, setiap hari saya mengumpulkan 10 guru bermula jam 8.00 pagi untuk tujuan tersebut. AlhamduLillah puan pengetua memberikan kerjasama yang amat baik untuk itu. Malahan beliau sendiri mengambil inisiatif mengisi sendiri respondens tersebut. Sebelum ini beliau mengarahkan guru pengurusan yang lain namun tahun ini beliau mengisi sendiri. Tahniah untuk semua pengetua dan guru besar yang melakukan hal yang demikian. Saya boleh merasakan kepuasan terpancar dari wajah beliau selesai sahaja beliau mengisi respondens tersebut.
Saya sendiri baru selesai mengisi SSQS semalam pagi untuk pelajar. Kerjasama dari pelajar amat memberangsangkan. Sekarang saya berada di Coral Bay Pangkor, untuk kursus ICTL sekolah menengah peringkat daerah. Sekian, wassalam.

Tuesday, August 11, 2009

UNPLANNED MEETING

I have just received a call from Mr.Zahri JPN at 3.30pm today asking if we could all attend a meeting set on Thursday 13 August 2009. Venue not fixed yet. Letter of invitation will be faxed to all 12 schools tomorrow or can downloaded from www.gpbnsde.googlegroup.com. Urgent response is needed to see if all can make it or whoever has other planned programmes will have to send your penolong.(assistant le).Agenda of meeting - oovoo.com & justin.tv - our prayers have been answered. So lets make it possible!
There will also be another meeting on 1-3 September 2009 at Port Dickson. Invitation letter has arrived but still with Pengetua...couldn't know the agenda. Any response please!

Email berikut adalah dirujuk:
Salam All GPB,
Mesyuarat tergempar dirancang hari Khamis 13 Ogos 09 terpaksa ditangguhkan atas sebab yang tak dapat dielakkan. Insya'Allah tarikh terbaru saya akan umumkan kelak.
Kita merancang, tapi Tuhan menentukan.
Terima kasih

En. Zahri bin Hj Ramlan
Penolong Pengarah kanan
Kurikulum ICT & Pengkomputeran
Jabatan Pelajaran Selangor

Monday, August 10, 2009

PEMANTAUAN SSQS

Agak menghairankan bagaimana setengah sekolah boleh masuk online untuk buat pengisian borang pemantauan. Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, page yang dipaparkan hanya membolehkan cetakan borang pamantauan bermakna semua pengisian perlu dibuat secara manual. Jika benar keadaan masih seperti itu, sekolah dalam negeri Selangor tidak akan mengisi borang berkenaan sehingga sistem online dapat digunapakai. Apa kata yang lain-lain..sila komen.
Terimakasih kepada yang membalas....jadi untuk login guna : kodsekolahr pwd:123
Nombor ID respond boleh dicetak je dari sesawang asal log in kodsekolah je pastu cetak senarainya.

Thursday, August 6, 2009

PERTANDINGAN INOVASI BTPN

Surat PSPN(SEL)8802/4/2 Jld.3(11) adalah dirujuki.
BTPN Selangor akan mengadakan pertandingan Inovasi bersempena Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Tahun 2009.
Semua sekolah telah dijemput untuk menyertai pertandingan ini dan syarat pertandingan ada disertakan untuk rujukan. Tarikh tutup penyertaan 1 September 2009 dan pembentangan projek perlu dibuat pada minggu kedua bulan September. Sebarang permasalahan sila hubungi Pn Siti Amarah bt Hj Adnan (o13-3984755).
Ayuh semua GPB Negeri Selangor - kita sertai pertandingan ini atas nama Sekolah Bestari negeri Selangor, Jangan biarkan sekolah biasa menjadi juara. Sekolah Bestari Negeri Selangor menggungguli segalanya.

KAJIAN KEBERKESANAN SEK BESTARI

Surat KP(BPPDP)601/006/24(18) dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 21 Julai 2009 adalah dirujuki.
Bahagian ini sedang menjalankan Kajian Keberkesanan Platform Teknologi Sekolah Bestari yang dibekalkan kepada semua 88 Sekolah Bestari di Malaysia.
Borang soal-selidik telah dikirimkan kepada Pengetua untuk dibantu oleh GPB mendapatkan respond dari 14 respondan berikut:
i. Pengetua (hijau) = 1
ii. GPB (biru) = 1
iii. 3 guru Sains , 3 guru matematik, 3 guru BM & 3 guru BI = 12 ( borang merah jambu)
Semua borang kajian hendaklah sampai semula ke bahagian ini sebelum 27 Ogos 2009.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Sheela Nair -03-88846390 / 013-3421000
Semua GPB Negeri Selangor harap sedia maklum akan perkara ini dan sila ambil tindakan segera. Biar Selangor mengungguli semua aspek pengurusan Bestari.