Thursday, May 28, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN SB SELESAI

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH BESTARI NEGERI SELANGOR yang berlangsung di Coral Bay Pangkor telah selesai pada tengahari hari ini. Beberapa resolusi telah dicapai dan tindakan susulan oleh Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Ketua Unit Teknik Vokasional (KUTV) setiap daerah dalam Negeri Selangor perlu diambil perhatian.
Resolusi GPB Negeri Selangor :
MENYEDARI bahawa Sekolah Bestari merupakan salah satu agenda aplikasi perdana, Kerajaan Malaysia dalam era digital, ia memerlukan sesuatu perubahan dari semua organisasi. MEMAHAMI agenda perubahan yang diperjuangkan oleh Guru Penyelaras Bestari adalah sangat penting untuk pengukuhan sekolah bestari berteraskan elemen Inovatif, kreatif dan nilai tinggi. MAKA, mesyuarat Guru Penyelaras Bestari Negeri Selangor yang bersidang pada hari ini, 27 Mei 2009 bersamaan 2 Jamadilakhir 1430 H, dengan ini membuat resolusi untuk
1. Penubuhan Jawatankuasa GPB Negeri Selangor
2. VISI : Menggungguli Sekolah Bestari Negeri Selangor menjelang 2013
3. MISI :
3.1.MemperkasakanSekolah Bestari Negeri Selangor di peringkat kebangsaan
3.2 Menampilkan sekolah Bestari Negeri Selangor sebagai model SB yang inovatif, kreatif & bernilai tinggi.
4. Jawatankuasa terdiri daripada :
Penasihat : En. Zahri b. Haji Ramlan (JPNS)
Pengerusi : Tn. Syed Hassan b. Syed Mohamad (SMK KKB)
Timb.Pengerusi : En. Ahmad Badri b. Abd. Wahid (SMK SG.BESAR)
Setiausaha : Pn. Saemah bt. Mat Sahir (SMK AMPANG PECAH)
Naib Setiausaha : Cik Mazlina bt. Yahya (SMK (P) SRI AMAN)
Bendahari : En. Abd. Halim b. Abd. Wahab (SMK TELUK DATUK)
Ahli : En. Ibrahim b. Kadri (SM SAINS KUALA SELANGOR)
En. Arbain b. Baharuddin (SMAP KAJANG)
En. Musa b. Mohammad (SMK BANDAR BARU BANGI)
En. Mohammad Najib b. Mohammad Thani (KISAS)
En. Thuraipandian ak Nyanasengram(SJK(T) VASEEGAR)
5. Meningkatkan Identiti dan integriti GPB dengan pemakaian baju yang seragam dan name tag sebagai pengenalan GPB Negeri Selangor yang sehati sejiwa.
a. Baju Korporat
b. Name Tag
6. Penganugerahan Sijil Pengiktirafan GPB sebagai tanda penghargaan menjalankan tugas memajukan sekolah bestari negeri Selangor.
7. Kenaikan Gred GPB - Diharap mendapat perhatian dan pertimbangan pihak yang berkenaan untuk kenaikan gred perjawatan seperti kakitangan perkhidmatan perguruan yang lain.
8. Anugerah GPB Cemerlang- Memberi peluang kepada GPB untuk menikmati anugerah dalam pengurusan sekolah bestari seperti guru cemerlang atau guru pakar dalam urusan P&P.
9. Cadangan Kursus - Untuk meningkatkan kemahiran GPB melebihi kompetensi ICT guru-guru biasa untuk memperkasakan sekolah bestari di Selangor pada tahap '5 star rating'. Kursus-kursus yang diperlukan buat masa ini adalah:
i. Perisian Moodle
ii. EduwebTV
iii. Oracle Thinkquest.com
iv. Membina blog
PENUTUP
Adalah menjadi harapan GPB Negeri Selangor agar JPN Selangor dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan di atas bagi memastikan visi dan misi jawatankuasa ini akan tercapai.

No comments:

Post a Comment