Tuesday, June 30, 2009

KURSUS LINUX













GPB, PKG dan BTPN Negeri Selangor sedang menjalani Kursus LiNUX mulai Selasa 30 Jun hingga 3 Julai 2009. Kursus diadakan di BTPN Selangor, Shah Alam dan bermula sejak jam 9.00 pagi hingga lewat 5 petang. Hari pertama telah berlalu dengan latihan instalasi Linux Red Hat.

Thursday, June 25, 2009

BERSEDIA LAH

Dalam kesibukan melayan tetamu dan mengisi slot yang telah diatur semasa kursus pemantapan di Ipoh, En Zahri telah meluangkan sedikit masanya untuk bertemu semua GPB Negeri Selangor bagi membincangkan perkara berkaitan Mesyuarat ke 2 di Sungai Besar pada 21-22 Julai 2009.
Atas maksud itu semua GPB Negeri Selangor diminta mengambil perhatian dan tindakan atas perkara-perkara berikut :
1. Dapat melantik seorang penolong GPB di peringkat sekolah ( surat makluman atas perkara ini akan disusuli oleh PPD kepada Pengetua/Guru Besar)
2. Berhubung dengan Naib Pengerusi GPBNSDE (Ustaz Ahmad Badri) untuk urusan penyediaan baju korporat GPB yang akan dipakai bersama pada 22 Julai nanti ( berserta name tag khas).
3. Mengemaskini laman web / blog sekolah disamping mewujudkan satu blog persendirian yang akan dipautkan di http://www.gpbnsde.blogspot.com/ Templat bahan pengisian blog persendiri boleh didapati di gpbnsde@googlegroups.com Pelancaran BLOG akan dibuat pada 22 Julai 2009
4. Sila daftar diri di http://www.oovoo.com/ dengan menjawab email yang telah dihantar oleh gpbnsde. Jika perlu sila hubungi semula gpbnsde@gmail.com untuk penyertaan.
4. Dalam tempoh 25 hari (26Jun - 20 Julai), semua GPB Negeri Selangor diminta login ke googlegroups untuk perbincangan lanjut atas perkara-perkara di atas. Screen capture perbincangan ini akan menjadi bukti hubungan GPBNSE sentiasa segar dan erat bagi menjayakan sebarang aktiviti yang dirancangkan.
Kerjasama dan penglibatan semua GPB amat diharapkan.

D Ipoh





































Antara agenda yang dijalankan di Impiana Casaurina dari Isnin - Khamis adalah :
1. 22/6 Pendaftaran - petang - malam -taklimat dan housekeeping oleh penganjur
2. 23/6 - Pagi - Lawatan ke sekolah penandaaras - K1 - SMA Raja Perempuan Ta'ayah dan
K2 - SMK Raja Permaisuri Bainun.
Petang - Bengkel Ke Arah Peningkatan Keprofesionalisme
Malam - Perkongsian ilmu - Komunikasi Berkesan dalam P&P - En Azhar bin Ariffin Pembentangan SWOT Analisis / Rehearsal pelancaran
4. 24/6 - Pagi - Kajian Penyelidikan :Peningkatan ICT di Selangor - En Sajoli bin Masdan
Kriteria Anugerah Guru Inovatif / Cemerlang - En Zahri bin Hj Ramlan
Petang - Elemen 9 & P&P Berkesan / Perasmian buku "SURE A" - Tn Hj Bajuri bin Abdullah
5. 25/6 - Kriteria & Syarat Permohonan Menjadi Guru Cemerlang - Pn Norziah bt Sham
Satu peristiwa yang menjadi kebanggaan pada kursus kali ini ialah kejayaan JK ICT Negeri Selangor menghasilkan Manual P&P ICT yang diberi nama SURE A. Tidak kurang juga input yang diterima melalui penyampaian dalam slot-slot yang telah diatur sepanjang 3 hari berada di sini.

Friday, June 19, 2009

KURSUS PEMANTAPAN PELAKSANAAN MP ICT SELANGOR

Surat panggilan ke Kursus Pemantapan Pelaksanaan MP ICT Negeri Selangor bertarikh 12 Jun 2009 Rujukan JPNS/SPA/ICT/A25089/05/01.jld15 telah difakskan ke sekolah melalui KUTV daerah masing-masing Kursus akan dijalankan di Impiana Casuarina Hotel, Ipoh dari 22 - 25 Jun 2009. GPB yang terlibat seramai 12 orang dari 12 sekolah bestari Negeri Selangor. Senarai nama sekolah bestari ada dalam lampiran A - kotak atas sebelum nama-nama sekolah mengikut daerah. Kepada yang terlibat harap maklum.

Wednesday, June 17, 2009

LATIHAN SPS





















































Latihan aplikasi baru Sekolah Bestari dikenali sebagai Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sedang berlangsung di BTPN Perak untuk sekolah-sekolah Perak dan Selangor. Pada waktu yang sama latihan turut dijalankan di BTPN Negeri Sembilan (NS, Johor & Melaka) dan di BTPN Kedah (Kedah,Perlis & PP).
Latihan bermula hari Isnin 15 Jun dan akan berakhir pada hari Khamis 18 Jun 2009. Kerja-kerja yang menanti untuk dilaksanakan oleh GPB selepas sesi latihan ialah
1. Menyediakan jadual latihan dan GPB melaksanakan latihan dalaman.
2. Melaksanakan/menggunakan SPS
3. Menggalakkan penggunaan SPS di sekolah.
Panduan persediaan sebelum, semasa dan selepas pemasangan akan dimaklumkan kemudian. Stay tuned...

Tuesday, June 16, 2009

APICTA

Maklumat diterima daripada Pengetua yang menghadiri mesyuarat bersama KPM pada 10-11 Jun lalu untuk makluman dan tindakan GPB Negeri Selangor.
Anugerah Teknologi Komunikasi dan Maklumat Asia Pasifik (APICTA) MSC Malaysia 2009 - Kategori Projek Pelajar Sekolah.
1. Projek Pelajar Sekolah Menengah Terbaik - merupakan anugerah projek ICT paling inovatif individu atau berkumpulan.
2. Projek Pelajar Sekolah Rendah Terbaik - sda-
3. Pencalonan dan Penilaian - Finalis akan dipilih berdasarkan keteranangan yang disampaikan online ke laman sesawang www.mscapicta.com.my Finalis mesti mempersembahkan projek pada hari akhir di Kuala Lumpur (Ogos-Sept). Seorang pemenang akan dipilih untuk menerima anugerah dalam majlis dijangkankan pada bulan 8 Oktober 2009.
APA KELEBIHANNYA?
Pemenang akan menerima selain, sijil dan trofi, tawaran menyertai kursus Ijazah Sarjana Muda (ICT) di Koleh Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (UCTI), ditaja menghadiri APICTA Antarabangsa 2009 di Melbourne, Australia pada 14-18 Disember 2009.
Jangan lepaskan peluang untuk Sekolah Bestari Negeri Selangor mengambil bahagian dan merebut peluang yang ada. SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA ADA WAKIL SELANGOR YANG AKAN BERJAYA. INSYAALLAH

SIAP SIAPA YANG KENA!

KPM dengan kerjasama MDeC telah mengenalpasti 4 buah sekolah bestari untuk mengambil bahagian dalam pameran yang akan diadakan pada 15 hingga 18 Jun 2009 Sempena Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Komenwel ke-17 (17CCEM) yang sedang berlangsung di KLCC. Berikut adalah sekolah yang telah terpilih untuk tujuan tersebut:
1. 15 Jun 2009 - SMK Putrajaya Presint 8 (1),WP Putrajaya
2. 16 Jun 2009 - SK (F) Palong 14, Gemas, Negeri Sembilan
3. 17 Jun 2009 - SK Putrajaya Presint 9 (1), WP Putrajaya
4. 18 Jun 2009 - SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Masa : 10 pagi hingga 4.30 petang
Aktiviti-akiviti:
1. Aktiviti murid - Click' n Learn
2. Aktiviti P&P - guru mengajar subjek Bahasa Inggeris/ Matematik/Sains
3.. Penyampaian hadiah pemenang Click' n Learn
Kepada sekolah yang terlibat SYABAS diucapkan kerana telah diberi peluang menonjolkan diri ke peringkat Komanwel.

Tuesday, June 2, 2009

WHAT'S COMING

Aktiviti-aktiviti yang melibatkan GPB Negeri Selangor untuk tempoh yang terdekat:
1. Mesyuarat bersama Pengarah di Hotel Heritage, Ipoh pada 22-26 Jun 2009
2. Pemantauan sekolah bestari Negeri Selangor mulai 1 Julai (rujuk jadual - klik pada jadual untuk besarkan atau pergi ke gpbnsde@.googlegroups.com untuk download)


3. Mesyuarat Penyelarasan SB NSelangor di Sabak Bernam - 21-22 Julai 2009
Sila tunggu surat jemputan rasmi sebelum menghadiri sebarang mesyuarat.