Wednesday, July 29, 2009

Meja Bantuan SPS

Untuk makluman kita bersama, surat dari BTP Ruj: KB(BTP-PENT)8800/50/23 Jld.2 (15) bertarikh 17 Julai 2009 adalah dirujuki.
1. Nombor untuk dihubungi berkaitan SPS - 1-800-88-4774 antara jam 7.30 - 5.30 ptg -Ahad hingga Jumaat.
2. Personel untuk dihubingi - En Zulkefli bin Muhammad - 03-20986655 / 0123237478 atau emai ap@moe.edu.my
3. Aduan boleh juga dibuat melalui STS - Support Ticketing System
Sehubungan dengan itu migrasi data telah selesai. GPB Negeri Selangor sila ambil perhatian perkara-perkara berikut :
i. Tandatangan SAP - Sijil Akuan Penerimaan - selepas disahkan migrasi data telah dilakukan di sekolah
ii.Tandatangan SPP -Sijil Pengujian & Pentaulihan - selepas membuat verifikasi data.
Migrasi dan verifikasi data hendaklah diselesaikan pada 24 Julai 2009.(???)(Nota kaki: Kedua-dua surat ini diterima oleh GPB pada 28 Julai 2009)
Sila guna contoh borang yang dibekalkan bersama surat KP(BTP-PENT)8800/50/23/Jld2.(16) bertarikh 17 Julai.
BTP akan menjalankan Kajian Kepuasan Pengguna ke atas kesesuaian dan kebolehlaksanaan SPS. Kajian akan bermula pada 25 September-24 Oktober 2009. Oleh itu diseru kepada semua GPB Negeri Selangor untuk menggunakan SPS secepat mungkin. Biarlah kita menjadi negeri pertama menyahut cabaran ini - dengan pertolongan Allah jua. Amin

Thursday, July 23, 2009

APICTA 2009 - bertindak segera !!!

Seperti yang tuan/puan sedia maklum, pihak Multimedia Development Corporation (MDeC) terlibat secara langsung dalam pelaksanaan MSC Malaysia Asia Pacific ICT Alliance Awards (MSC Malaysia APICTA 2009).
Penerangan dan poster mengenai MSC Malaysia APICTA 2009 telah diberikan ketika Taklimat Tahunan 88 Sekolah Bestari yang diadakan pada 11 Jun, 2009. Walaubagaimanapun, pihak MDeC mendapati penyertaan daripada 88 sekolah bestari amat mendukacitakan.
Oleh yang demikian, pihak MDeC menyeru kerjasama daripada semua pihak bagi 88 sekolah bestari untuk menghantar sekurang-kurangnya 1 pencalonan bagi MSC Malaysia APICTA 2009.
Untuk makluman, tarikh pencalonan telah dilanjutkan kepada 26 Julai, 2009.
Maklumat lanjut berkenaan MSC Malaysia APICTA 2009, sila rujuk kepada http://www.mscapicta.com.my. Disertakan bersama-sama ini juga, maklumat ringkas mengenai kategori pencalonan untuk rujukan tuan/puan.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila kemukakan kepada Cik Nancy Choy: 038315 3348/019266 6075
atau Cik Premalatha: 03 8315 3349.
Kerjasama dan sokongan tuan/puan untuk menyertai MSC Malaysia APICTA 2009 amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

Ita Hasni Yahya
Senior Executive - Smart School Department
Socio-Economic Development Division
Multimedia Development Corporation (MDeC)

(Dipetik dari email terkini BTP kepada semua GPB - GPB Negeri Selangor segera ambil tindakan.)
maklumat lanjut sila layari http://www.mscapicta.com.my

Wednesday, July 22, 2009

D'MUARA DORANI


Dorani Bayu Resort .....







Mesyuarat bermula....



Di SMK Sg Besar....




Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Pasukan 'TASK FORCE' SSQS Negeri Selangor 2009 telah diadakan pada 21-22 Julai 2009 (Selasa-Rabu). Mesyuarat kali ini diadakan di Dorani Bayu Resort, D'Muara Marine Park, Sungai Hj Dorani, Sungai Besar, Sabak Bernam.Semua KUTV dan GPB 10 daerah dalam negeri Selangor telah menghadiri mesyuarat ini. Turut hadir wakil PKG daerah Sabak Bernam
Bermula jam 2.30 petang 21 Julai 2009 hingga 2.30 petang 22 Julai 2009, mesyuarat telah mencapai beberapa resolusi untuk tindakan pihak-pihak yang berkenaan.
Agenda bermula sebaik sahaja ahli mesyuarat sampai ke lokasi dengan perbincangan latihan PC Lab baru untuk sekolah-sekolah terpilih tahun 2009 disampaikan oleh Syarikat Imperical Sdn Bhd. Perkara-perkara berkaitan tarikh & lokasi latihan dicapai untuk tindakan susulan KUTV semua daerah.
Selepas minum petang, mesyuarat diteruskan dengan persembahan kompilasi montaj sekolah bestari yang mengambil masa kira-kira 1 jam. Mengakhiri agenda pada petang pertama ialah taklimat tentang program Score A yang tamat pada jam 7.00 mlm dan hidangan makan durian. Mesyuarat bersambung semula pada jam 9.00 malam selepas menikmati hidangan yang disediakan oleh restoran D'Muara yang enak tidak terkata.
Sesi malam diisi dengan pelaporan pemantauan SSQS yang telah dibuat oleh kumpulan TASK FORCE yang telah bergerak ke sekolah-sekolah bestari pada 14-17 Julai lalu. Hasil pembentangan, mesyuarat telah bersetuju untuk membincangkan dan mencapai kata putus berhubung perkara sistem filing di sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 malam.
Pada hari kedua22 Julai 2009, ahli mesyuarat telah bergerak ke SMK Sg Besar untuk lawatan penanda arasan ke 2. Pelbagai ilmu ditimba semasa lawatan ini disamping menikmati hidangan spesial - soto, bubur jagung dan nasi ambeng sebelum berangkat pulang. Sebelum itu mesyuarat telah mencapai kata putus berhubung sistem filing dengan persetujuan berikut :
1. Semua dokumen formal difailkan dalam FAIL PUTIH urusan pejabat.
2. GPB perlu menyediakan minima 6 folder (fail hitam kulit tebal) iaitu:
i. Folder surat menyurat
ii.Folder Minit
iii. Folder Pekeliling
iv. Folder Briged Bestari
v. Folder Aset Alih & Inventori
vi. Folder Dokumen Sokongan Terkini
Dalam pemantauan ke 2, semua sekolah bestari hendaklah memastikan semua folder di atas telah disediakan dan ditunjukkan oleh GPB. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Zahri bin Hj Ramlan KTP Unit ICT JPN Selangor telah berakhir dengan penuh kepuasan atas layanan pihak SMK Sg Besar dan kejayaan mencapai kata putus untuk kebaikan bersama. Cadangan mesyuarat seterusnya ialah di daerah Hulu Langat. Berjumpa di sana !!!

Monday, July 13, 2009

INFO DARI JPN

Tentative program untuk 21-22 Julai 2009
Mesyuarat JPN-PPD-GPB di Sungai Besar.
21 Julai 2009
10.00 pagi - Perjalanan ke tempat penginapan dan pendaftaran
2.30 ptg - Persembahan Multimedia - Montaj Sekolah Bestari (12 buah sekolah)
Pelancaran Blog GPBNSDE
8.30 mlm - Mesyuarat JPN-PPD-GPB
22 Julai 2009
9.00 pagi - Lawatan Penandaarasan di SMK Sg Besar.

(Diubahsuai dari email En Zahri - rujuk gpbnsde@gmail.com . Ketidaktepatan harap dimaafkan. I'm Sorry!!!)

INFO DARI BTP

Meja Bantuan SPS telah mula berkhidmat pada 6 July 2009.Jika perlu sila hubungi Meja Bantuan untuk penyelesaian masalah teknikal server LINUX kerana perkhidmatan tersebut adalah di bawah pengurusan BTP. Nombor yang boleh dihubungi masih1-300-88-2005 tetapi mulai 1 Ogos 2009, nombor ini mungkin dihentikan kerana semua perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 akan diletak di bawah KPKPM(Khidmat Pelanggan KPM). Ini bermakna mulai 1 Ogos 2009, nombor yang perlu dihubungi adalah 1-800-88-4774.Surat edaran rasmi akan dibuat oleh BTP pada masa terdekat ini.Perkhidmatan ini disediakan setiap hari dari Jumaat hingga Ahad KECUALI hari Sabtu.Pada hari Ahad, sekolah perlu menghubungi number yang berbeza iaitu 03-92237880 (terus ke Meja Bantuan Rebound Asia Sdn Bhd). Masa operasi adalah dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari kecuali hari Sabtu.
Nota kaki: Sekadar berkongsi info bagi yang belum baca email http://mail.moe.edu.my

Wednesday, July 8, 2009

TIADA TINDAKBALAS

1 Julai telah berlalu dan kini sudah 8 haribulan. Perancangan awal untuk tinjauan ke makmal sekolah di negeri Selangor nampaknya tidak dapat dijalankan. Tiada surat dari PPD masing-masing. Tiada makluman tentang penangguhan atau pembatalan aktiviti tersebut.
Mesyuarat di Sabak Bernam pada 21-22 Julai 2009 sedang dalam proses pelaksanaan. Kepada GPB tunggu saja surat panggilan dalam seminggu dua ini. Apapun GPB kena buat persediaan untuk present maklumat sekolah dalam bentuk video clip.
Baju sedang dibuat. Tindakan segera amat diharapkan agar dapat menyatakan saiz baju, nama untuk ditekatkan dan bayaran dibuat ke akaun Maybank 0-12071-30649-6. Kalau ada penolong GPB yang ingin memiliki baju rasmi sila maklumkan segera.
Urusan name tag akan diuruskan oleh Sdr Musa Bangi.
Semua maklumat telah disampaikan kat googlegroups. Sila buat semakan email setiap hari.