Tuesday, June 16, 2009

APICTA

Maklumat diterima daripada Pengetua yang menghadiri mesyuarat bersama KPM pada 10-11 Jun lalu untuk makluman dan tindakan GPB Negeri Selangor.
Anugerah Teknologi Komunikasi dan Maklumat Asia Pasifik (APICTA) MSC Malaysia 2009 - Kategori Projek Pelajar Sekolah.
1. Projek Pelajar Sekolah Menengah Terbaik - merupakan anugerah projek ICT paling inovatif individu atau berkumpulan.
2. Projek Pelajar Sekolah Rendah Terbaik - sda-
3. Pencalonan dan Penilaian - Finalis akan dipilih berdasarkan keteranangan yang disampaikan online ke laman sesawang www.mscapicta.com.my Finalis mesti mempersembahkan projek pada hari akhir di Kuala Lumpur (Ogos-Sept). Seorang pemenang akan dipilih untuk menerima anugerah dalam majlis dijangkankan pada bulan 8 Oktober 2009.
APA KELEBIHANNYA?
Pemenang akan menerima selain, sijil dan trofi, tawaran menyertai kursus Ijazah Sarjana Muda (ICT) di Koleh Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (UCTI), ditaja menghadiri APICTA Antarabangsa 2009 di Melbourne, Australia pada 14-18 Disember 2009.
Jangan lepaskan peluang untuk Sekolah Bestari Negeri Selangor mengambil bahagian dan merebut peluang yang ada. SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA ADA WAKIL SELANGOR YANG AKAN BERJAYA. INSYAALLAH

1 comment:

  1. Tahniah atas jawatankuasa baru. Terus maju Sekolah Bestari Selangor

    ReplyDelete