Thursday, June 25, 2009

BERSEDIA LAH

Dalam kesibukan melayan tetamu dan mengisi slot yang telah diatur semasa kursus pemantapan di Ipoh, En Zahri telah meluangkan sedikit masanya untuk bertemu semua GPB Negeri Selangor bagi membincangkan perkara berkaitan Mesyuarat ke 2 di Sungai Besar pada 21-22 Julai 2009.
Atas maksud itu semua GPB Negeri Selangor diminta mengambil perhatian dan tindakan atas perkara-perkara berikut :
1. Dapat melantik seorang penolong GPB di peringkat sekolah ( surat makluman atas perkara ini akan disusuli oleh PPD kepada Pengetua/Guru Besar)
2. Berhubung dengan Naib Pengerusi GPBNSDE (Ustaz Ahmad Badri) untuk urusan penyediaan baju korporat GPB yang akan dipakai bersama pada 22 Julai nanti ( berserta name tag khas).
3. Mengemaskini laman web / blog sekolah disamping mewujudkan satu blog persendirian yang akan dipautkan di http://www.gpbnsde.blogspot.com/ Templat bahan pengisian blog persendiri boleh didapati di gpbnsde@googlegroups.com Pelancaran BLOG akan dibuat pada 22 Julai 2009
4. Sila daftar diri di http://www.oovoo.com/ dengan menjawab email yang telah dihantar oleh gpbnsde. Jika perlu sila hubungi semula gpbnsde@gmail.com untuk penyertaan.
4. Dalam tempoh 25 hari (26Jun - 20 Julai), semua GPB Negeri Selangor diminta login ke googlegroups untuk perbincangan lanjut atas perkara-perkara di atas. Screen capture perbincangan ini akan menjadi bukti hubungan GPBNSE sentiasa segar dan erat bagi menjayakan sebarang aktiviti yang dirancangkan.
Kerjasama dan penglibatan semua GPB amat diharapkan.

No comments:

Post a Comment