Wednesday, September 2, 2009

MESYUARAT DI KLIA

Maklumat yang diterima secara lisan dari En Zahri harap diambil perhatian. Surat rasmi akan menyusul.
Satu pertemuan GPB-KUTV Negeri Selangor akan diadakan pada 14-15 September 2009(Isnin-Selasa) di Concorde Inn, KLIA (yang ini termasuk Cikgu Thurai & Cikgu Saemah) yang akan bermula jam 9.00 pagi. Bagi yang bangun bersahur bolehlah bergerak selepas Subuh tapi Cikgu Thurai kena usahakan untuk sampai sana awal sebab nak tumpang Cikgu Brahym. Kesempatan ini diambil untuk majlis berbuka puasa JPNSDE dan tarawih bagi mengeratkan silatulrahim antara Selangorian disamping agenda mesyuarat yang akan dimaklumkan kemudian. Harap bersedia untuk meluangkan masa.
=========terkini======
Email sedang dihantar kepada semua yang terlibat untuk mengesahkan penginapan dari Pn Zuraida. Tentatif agenda : 140909 - 8.30 pagi - Mesyuarat1
2.00 ptg - Slot latihan ICT kpd pegawai JPN
7.00 mlm - Berbuka puasa
8.30 mlm - Tarawih
150909 8.30 pagi - Mesyuarat 2 : GPB
Jika ada maklumat yang lebih terperinci apa pengisian mesyuarat 1 & 2, sila tambah di sini (u.p En Zahri) supaya GPB boleh buat persediaan. Slot latihan akan diisi dengan Membina Blog (basic & advance). Harap maklum.

7 comments:

  1. Saya memang akan berada di Sepang pada 12-13. Saya boleh terus ke Concorde inn pada 14hb nanti.

    ReplyDelete
  2. Cikgu Ibrahym...........Minta maaf ye?

    ReplyDelete
  3. Bila surat nak mari...kena adjust dengan orang rumah..anak2 preksa PSRA masa tu. Nasib baik 1 malam jer..

    ReplyDelete
  4. Paling lewat minggu depan la kot. Saya dah maklumkan slot bina blog. Cikgu Brahym atau cikgu Musa atau Cikgu Taip atau Cikgu Farihan ...boleh tolong buat madul. Hantar kpd saya 8hb untuk tokok tambah...dan cetakan oleh JPN pada 10Sept.Sapa sanggup bagi tau kat sini. Kalau tak boleh bagitau awal-awal ye.

    ReplyDelete
  5. Baju rasmi kita akan pakai pada hari Isnin - pagi sampai petang. Esoknya pakai la baju apa pun ye!. Us.Badri dan Us Thruai, Cikgu Mazlina baju akan diposkan sebelum 14hb, InsyaAllah. Cikgu Saemah nanti saya hantar ke sekolah.

    ReplyDelete