Tuesday, October 27, 2009

AURA DYNASTY

Di kesempatan yang ada semua GPB berkumpul di sini, satu keputusan telah dicapai untuk membawa isu halatuju profession GPB yang tiada penghujung. Atas maksud itu, wakil GPB SeMalaysia akan bertemu dengan pihak yang berkenaan di BTP untuk meminta pertimbangan agar GPB turut diberikan peluang mendapat status Guru Cemerlang. Semoga usaha ini membuahkan hasil yang boleh dibanggakan.
Peluang bersemuka GPB SeMalaysia dengan Ketua Sektor Pembestarian Dr Muhammad & Dr Rosmah yang menjanjikan masa depan yang lebih cerah.

Monday, October 26, 2009

Hari Pertama Latihan





GPB SeMalaysia sedang menjalani latihan SPS. Suasana di BALLROOM Tingkat 5 .....Di kesempatan ini selepas sesi latihan, semua GPB telah sebulat suara menyokong usaha-usaha yang sedang diatur untuk mencari kebenaran dan menegakkan hak GPB yang selama ini bagaikan dipinggirkan dari peluang-peluang untuk menikmati peningkatan dalam perjawatan yang disandang selama 1 dekad ini. Pandangan dan cadangan GPB akan diterjemahkan kepada tindakan dengan kadar seberapa segera.

GPB D`DYNASTY

Mulai hari ini Isnin 26 Okt hingga Jumaat 30 Okt, GPB Negeri Selangor sedang menjalani Latihan SPS di Hotel Dynasty, KL Pengisian lebih kepada membuat jadual waktu menggunakan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang dijangkakan akan dilaksanakan sepenuh tahun 2010.

Thursday, October 22, 2009

TERKINI

Sudahkah anda membaca email yang dihantar kat moe.edu.my (Thurai tak terlibat!).

Ruj. Kami : KP(BTP-PENT)8800/50/23 Jld.2( )
Tarikh : Oktober 2009 (Tarikh pun tak ada)

LATIHAN ASC DAN LATIHAN TAMBAHAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) UNTUK PENYELARAS BESTARI DARI 88 SEKOLAH BESTARI terbahagi kepada 2 kumpulan GPB dan Guru Media.
Kumpulan 1: Semua GPB
Tarikh : 26 hingga 30 Oktober (Isnin hingga Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 10.30 pagi (rujuk jadual)
Tempat : Dynasty Hotel, KL
Pendaftaran : 26 Oktober 2009 (Ahad)

Kumpulan 2 : Guru Media
G1
Tarikh : 27 hingga 30 Oktober 2009 (Selasa hingga Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 10.30 malam (sila lihat jadual di Lampiran 2)
Tempat : Pearl International Hotel
Batu 5, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur
Pendaftaran : 26 Oktober 2009 (Isnin)

SMK Telok Datok, 42700 Banting, Selangor
Selangor,
SMA Persekutuan Kajang, 43000 Kjg, Selangor
Selangor
SM Sains K Selangor, 45000 KS, Selangor
Selangor

G 2 :
Tarikh : 2 hingga 5 November 2009 (Isnin hingga Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 10.30 malam (sila lihat jadual di Lampiran 2)
Tempat : Hotel Dynasty
218, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
Pendaftaran : 1 November 2009 (Ahad)

SMK (P) Sri Aman
Selangor,
SMK Sg. Pusu, Jln Gombak, KL
Selangor,
SMK Kuala Kubu Bharu, 44000 KKB, Selangor
Selangor,
Kolej Islam Sultan Alam Shah
Selangor
SMK Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor
Selangor
SMK Bandar Baru Bangi, 43650 BBB, Selangor
Selangor.
Latest dari Puan Nurulain Ismail (03-20986945) BTP...muktamad.

Tuesday, October 20, 2009

Tukar switch Bestari

Hari ini Sdr Mohd Izwan dari BTP bersama Syarikat Network Solution berada di SMKKKB untuk menggantikan switch yang ada module fibre optik. 3 set switch yang diterima pada bulan Disember 2008 rupanya bukan dari BTP tetapi merupakan central kontrak untuk gantian projek perkomputeran sekolah. Yang diterima hari ini yang sebenarnya setelah menanti nak masuk setahun. Ini lah rupanya cabinet yang telah disusunkemas semula oleh mereka bertiga. Capai internet pun rasanya lebih lancar dan laju seperti yang sepatutnya.
Pn Roimah telah berpindah ke Kementerian lain jadi diambil alih oleh sdr kita ni dan sedang membuat tindakan susulan. Sg Pusu dah terima tapi senyap je tak bagi khabar berita. Lepas ni bersedia le KISAS, KUSESS, Bangi, Sungai Besar, Teluk Datuk dan SMAP. Projek ini tidak melibatkan sekolah bestari peluasan buat masa ini. Dengar ceritanya Mr.Liew dah naik ke IAB sebagai pensyarah MOODLE..dan Sdr Rizal kini dah jadi pilot kapal terbang untuk Canadian Airlines.

Monday, October 19, 2009

Segera

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.

SPPICTS boleh diakses dialamat berikut;

a. http://ssqs.moe.edu.my atau
b. http://pnp.moe.edu.my/ssqs

Tempoh Kutipan Data

a. 22 Feb 2009 - 13 Mac 2009
b. 15 Jun 2009 - 03 Julai 2009
c. 14 Sept 2009 - 02 Okt 2009

PERHATIAN: Semua kutipan kali ke tiga bermula pada 14 September 2009 dan berakhir pada 19 Oktober 2009. Semua sekolah diharap membuat tindakan segera. Harap maklum.

Ada tak sekolah terima surat atau email suruh buat perkara di atas. Ni dah saat akhir baru PKG telefon.

Wednesday, October 14, 2009

WHATS UP!!!

Raya dah nak sampai ke penghujung.PMR baru selesai. 20hb Oktober dah dekat sangat. Keputusan mesyuarat di KLIA tak dengar berita pun. Ada juga yang tertanya-tanya..'JADI KA TAK JADI" -
1. Mesyuarat di Bangi?
2. Lawatan penutup 2009 di Sri Aman?
3. Jemputan En Zahri ke Brunei?
4. SSQS akhir tahun?
5. Pengisian borang PPICT akhir tahun? Mungkin ada sesuatu keputusan baru dicapai yang tidak dimaklumkan kepada semua yang terlibat. Apa pun sebagai GPB yang berada di bahagian bawah hiraki...ADA SURAT KITA PERGI...KALAU TAK ADA TAK PAYAH NANTI-NANTI !!!
Apa pun konsensus yang dipersetujui oleh GPB masih belum diambil tindakan. Yang paling utama header blog GPB perlu ada nama...silalah tambah kalau belum dibuat. Laporan ini diupdate dari Hotel Putra,KL. Kursus membina blog untuk Guru Cemerlang Daerah Hulu Selangor sedang berlangsung. Latihan dipanduselia oleh GPB Syed Hassan bin Hj Syed Mohamad. Pantauan boleh dibuat di www.gc+mp+singkatan sek cth. www.gcbism3kb.blogspot.com