Tuesday, October 20, 2009

Tukar switch Bestari

Hari ini Sdr Mohd Izwan dari BTP bersama Syarikat Network Solution berada di SMKKKB untuk menggantikan switch yang ada module fibre optik. 3 set switch yang diterima pada bulan Disember 2008 rupanya bukan dari BTP tetapi merupakan central kontrak untuk gantian projek perkomputeran sekolah. Yang diterima hari ini yang sebenarnya setelah menanti nak masuk setahun. Ini lah rupanya cabinet yang telah disusunkemas semula oleh mereka bertiga. Capai internet pun rasanya lebih lancar dan laju seperti yang sepatutnya.
Pn Roimah telah berpindah ke Kementerian lain jadi diambil alih oleh sdr kita ni dan sedang membuat tindakan susulan. Sg Pusu dah terima tapi senyap je tak bagi khabar berita. Lepas ni bersedia le KISAS, KUSESS, Bangi, Sungai Besar, Teluk Datuk dan SMAP. Projek ini tidak melibatkan sekolah bestari peluasan buat masa ini. Dengar ceritanya Mr.Liew dah naik ke IAB sebagai pensyarah MOODLE..dan Sdr Rizal kini dah jadi pilot kapal terbang untuk Canadian Airlines.

No comments:

Post a Comment