Wednesday, November 4, 2009

Kursus Penyelaras Makmal Komputer Daerah Hulu Langat 2009




Satu Kursus Untuk Penyelaras Makmal Komputer Daerah Hulu Langat 2009 dilaksanakan pada 4 November 2009 hingga 6 November 2009 di Coral Bay Resort Hotel, Pulau Pangkor. Kursus ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. Kursus ini dihadiri oleh semua Penyelaras Komputer Sekolah Rendah daerah Hulu Langat bersama Juruteknik beberapa sekolah terpilih. Khidmat dua GPB selangor di daerah ini iaitu Encik Musa (SMKBBBangi) dan Encik Mohd Taip (SMAP Kajang) dan seorang guru ICT melaksanakan tugas sebagai facilitator kursus. Antara pengisian kursus ialah Taklimat SSQS dan SPPICT, Pengurusan makmal dan juga Troubleshooting berkaitan dengan tugas penyelaras makmal komputer.

No comments:

Post a Comment