Tuesday, September 21, 2010

Mesyuarat GPB Selangor 1/2010

Akhirnya.... dekat-dekat akhir tahun baru ada peruntukan sikit untuk GPB Negeri Selangor dapat diadakan dan sedang berlangsung dari 21 hingga 23 September 2010 di PNB Ilham Resort, Port Dickson. Dalam pertemuan kali ini diperkenalkan 3 sekolah bestari luar bandar - 1. SK Taman Pantai Sepang Utara - Sungai Pelek, Selangor
2. SJK(C) Peng Ming - Telok Panglima Garang, Selangor
3. SJK(T) Jalan Tepi Sungai - Klang, Selangor
Pengisian sepenuhnya akan bermula pagi esok (Rabu) dengan sesi perbincangan isu semasa di SB merujuk SPS dsb, semakan instrumen pemantauau makmal tahun 2010. Pada sebelah petang peserta kursus didedahkan dengan konsep kolaborasi online oleh Rn Zahri dan bahan bantuan PnP oleh Microsoft - Live@edu. Pada sebelah malam Tn Hj Bajuri akan menyampaikan amanat untuk tindakan peserta kursus. Kursus akan berakhir esok hari dengan sesi rumusan dan majlis penutup sebelum 12 tgh.

No comments:

Post a Comment