Thursday, July 23, 2009

APICTA 2009 - bertindak segera !!!

Seperti yang tuan/puan sedia maklum, pihak Multimedia Development Corporation (MDeC) terlibat secara langsung dalam pelaksanaan MSC Malaysia Asia Pacific ICT Alliance Awards (MSC Malaysia APICTA 2009).
Penerangan dan poster mengenai MSC Malaysia APICTA 2009 telah diberikan ketika Taklimat Tahunan 88 Sekolah Bestari yang diadakan pada 11 Jun, 2009. Walaubagaimanapun, pihak MDeC mendapati penyertaan daripada 88 sekolah bestari amat mendukacitakan.
Oleh yang demikian, pihak MDeC menyeru kerjasama daripada semua pihak bagi 88 sekolah bestari untuk menghantar sekurang-kurangnya 1 pencalonan bagi MSC Malaysia APICTA 2009.
Untuk makluman, tarikh pencalonan telah dilanjutkan kepada 26 Julai, 2009.
Maklumat lanjut berkenaan MSC Malaysia APICTA 2009, sila rujuk kepada http://www.mscapicta.com.my. Disertakan bersama-sama ini juga, maklumat ringkas mengenai kategori pencalonan untuk rujukan tuan/puan.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila kemukakan kepada Cik Nancy Choy: 038315 3348/019266 6075
atau Cik Premalatha: 03 8315 3349.
Kerjasama dan sokongan tuan/puan untuk menyertai MSC Malaysia APICTA 2009 amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

Ita Hasni Yahya
Senior Executive - Smart School Department
Socio-Economic Development Division
Multimedia Development Corporation (MDeC)

(Dipetik dari email terkini BTP kepada semua GPB - GPB Negeri Selangor segera ambil tindakan.)
maklumat lanjut sila layari http://www.mscapicta.com.my

2 comments:

  1. Adakah semua GPB terlibat semasa taklimat pada 11 Jun lalu?

    ReplyDelete
  2. saya nak maklumkan sahaja. tahun ni SK Taman Universiti, Seri Kembangan sekali lagi shortlisted untuk kategori 'Best Primary School Project'. keputusan pemenang akan diketahui pada 8 oktober 2009.

    ReplyDelete