Friday, August 28, 2009

PENANGGUHAN FUAT 1-3 SEPT

Are you all aware of this? Email terkini 28 Ogos 2009 jam 4.00 petang dirujuki

PENANGGUHAN SESI FUAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH ===============================================
Sesi mesyuarat FUAT telah berlangsung bermula 17 Ogos 2009 hingga 3 Sept 2009 di BTPN Kedah, BTPN Kelantan, BTPN Sabah, BTPN Johor, BTPN WPKL dan BTPN N Sembilan. Cuma kumpulan ITC Selangor yang masih belum melaksanakan mesyuarat yang dijadualkan pada 1 - 3 Sept 2009. Berdasarkan sesi maklum balas, terdapat kecenderungan daripada ITC agar tiga modul utama perlu dirombak berdasarkan keperluan sekolah. Tiga modul itu ialah modul Pengurusan Jadual Waktu, Kehadiran dan Peperiksaan. Syarikat RASB maklum perkara ini dan hasil daripada perbincangan di peringkat BTP semua pihak bersetuju agar sesi FUAT ditangguhkan dulu sebelum penelitian terhadap tiga modul itu selesai. Selain itu, RASB juga sedang dalam proses mengemaskini modul (patching) dan sehingga setakat ini dua kali patching telah dilaksanakan bermula 21Ogos 2009. Ini bermaksud RASB inginkan agar sistem ini benar-benar berfungsi dan mengikut keperluan pengguna di sekolah. Berdasarkan dua perkara di atas, saya memohon tuan/puan menangguhkan dulu sesi FUAT yang dijadualkan pada 1 Sept 2009 (selama 10 hari). Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian.
Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini diucapkan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menurut perintah,
........................
(ZULKEFLI B HJ MUHAMMAD)
b.p Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pesiaran Bukit KiaraKUALA LUMPUR
tel: 03-20986655

No comments:

Post a Comment