Thursday, August 13, 2009

Pengisian SSQS

Assalamualaikum.....Salam sejahtera. Teman GPB Selangor semua. Pengisian SSQS akan berakhir besok 14 Ogos. So sesama kita kena faham apakah tindakan kita. Apatah lagi kita ingin menjadikan Selangor sebagai pelopor kecemerlangan Sekolah Bestari. Memang agak rumit untuk mengumpulkan 30 guru dan 30 pelajar untuk tujuan pengisian tersebut. Saya melakukan begini, setiap hari saya mengumpulkan 10 guru bermula jam 8.00 pagi untuk tujuan tersebut. AlhamduLillah puan pengetua memberikan kerjasama yang amat baik untuk itu. Malahan beliau sendiri mengambil inisiatif mengisi sendiri respondens tersebut. Sebelum ini beliau mengarahkan guru pengurusan yang lain namun tahun ini beliau mengisi sendiri. Tahniah untuk semua pengetua dan guru besar yang melakukan hal yang demikian. Saya boleh merasakan kepuasan terpancar dari wajah beliau selesai sahaja beliau mengisi respondens tersebut.
Saya sendiri baru selesai mengisi SSQS semalam pagi untuk pelajar. Kerjasama dari pelajar amat memberangsangkan. Sekarang saya berada di Coral Bay Pangkor, untuk kursus ICTL sekolah menengah peringkat daerah. Sekian, wassalam.

1 comment: