Monday, October 19, 2009

Segera

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.

SPPICTS boleh diakses dialamat berikut;

a. http://ssqs.moe.edu.my atau
b. http://pnp.moe.edu.my/ssqs

Tempoh Kutipan Data

a. 22 Feb 2009 - 13 Mac 2009
b. 15 Jun 2009 - 03 Julai 2009
c. 14 Sept 2009 - 02 Okt 2009

PERHATIAN: Semua kutipan kali ke tiga bermula pada 14 September 2009 dan berakhir pada 19 Oktober 2009. Semua sekolah diharap membuat tindakan segera. Harap maklum.

Ada tak sekolah terima surat atau email suruh buat perkara di atas. Ni dah saat akhir baru PKG telefon.

4 comments:

  1. thurai ada terima surat dari PKG minta isi maklumat SPPICTS. Masa mesyuarat pun semua guru ICT diminta isi maklumat tu

    ReplyDelete
  2. Dalam benak fikiran memang ada rasa nak buat..tapi dek kesibukan sambut raya, sambut itu sambut ini...terus terlupa tarikh akhirnya...akhirnya tak terbuat sampai lani. Lani pulak nak siapkan projek PTK pengetua nak bawa hari jumaat ni. Malam-malam dah sibuk sambut benda lain pulak. Surat...setakat lani tak ada pun.

    ReplyDelete
  3. ade terima surat dr ppd..tp ms terima surat tu sy da siap buat pn..surat lmbt smpi..

    ReplyDelete
  4. perkara ni da dibincang dalam groups sblm ni kan? yang kita keliru SSQS dan SPPICTS? cg Shima da terangkan........

    ReplyDelete