Friday, December 25, 2009

PMR 2009

Sekadar mendapat gambaran kedudukan pencapaian PMR 2009 Sekolah Bestari Negeri Selangor, sila berikan maklumat untuk dimuatkan di sini . Tinjauan di lama web atau blog sekolah masih belum dikemaskini. Kerjasama amat dihargai.
Kumpulan Sekolah Harian Bestari

1. SMK KUALA KUBU BHARU
GPS - 2.19 (2008) kepada 2.07 (2009)
% lulus - 86.60 (2008) kepada 89.30 (2009)
Bilangan A penuh - 14 (2008 kepada 27 (2009)

2. SMK AMPANG PECAH
3. SMK SG BESAR
4. SMK BANDAR BARU BANGI
5. SMK SRI AMAN
6. SMK SG PUSU
GPS = 2.27
STRAIGHT A 32 ORG
7. SMK TELUK DATUK
GPS - 1.9
% lulus - 89.62%
Bilangan A penuh -

Kumpulan Sekolah Berasrama Penuh Bestari

1. SM SAINS KUALA SELANGOR
2. KOLEJ ISLAM (KISAS)
3. SK AGAMA PERSEKUTUAN (SMAP) KAJANG
GPS - 1.23 (2009)
% -
Bilangan A penuh -123 (2009)
3. SMK Seri Puteri
GPS : 1.01
% - 100%
Bilangan A penuh: 161

Thursday, December 17, 2009

MARHABAN HIJRAH 1431

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1431 ...JANGAN LUPA AMALAN AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH ..
DOA AKHIR TAHUN 1430 (waktu akhir asar)..


DOA AWAL TAHUN 1431 (lepas azan maghrib) ..Jangan dilepaskan peluang yang datang setahun sekali.....sebab kita tidak tahu tahun depan kita dapat atau tidak lagi bersama meraikan saat sebegini. SELAMAT TINGGAL HIJRAH 1430....MARHABAN HIJRAH 1431 !!!

Tuesday, December 15, 2009

More smart schools by 2011

I recently browsed SMKAP's blog and found this interesting news posted by GPB Saemah. I have cut n paste it here (with permission) for us all to read and think about it.....is it for real or another rhethoric ??? MAI FIKIR BERSAMA !! JANGAN FIKIR SENDIRI !!!

CYBERJAYA: The Multimedia Development Corp (MDeC) is helping the Education Ministry to upgrade 50 rural and underserved schools into smart schools.

MDeC, which is custodian of the MSC Malaysia initiative, said upgrading work will be done in three phases beginning with 15 schools this year, 15 more next year and 20 in 2011. Its senior manager of smart schools, Dr Norrizan Razali, said the 50 schools located nationwide will be modelled after the country’s pioneer 88 smart schools.(Blogger's Note : Our position as 88 pioneer schools are still under uncertainty???)

MDeC will use a different approach to upgrade the rural schools to smart schools, Norrizan said.

“It will be a whole different challenge upgrading these 50 schools,” Norrizan told In.Tech in an interview recently. Unlike the first batch of smart schools, most of the rural schools are not high performing schools but she believes that ICT (information and communications technology) can help broaden the minds and improve the grades of students there.

“These schools don’t have the same kind of access to information like the first batch,” Norrizan said.

The task in the rural schools is to uplift the human capital in those schools and conduct leadership programmes to help teachers provide the benefits of ICT to their students.

The main challenge here is in change management so we plan to sit down with the teachers and principals of the schools to enlighten them on smart schools, as well as how these will help improve the teaching and learning process,” said Norrizan.(Blogger;s note: Please do try and do that...and also try to understand the actual unseen circumstances existing in most school)

She said MDeC and the Education Ministry will also take an inventory of the components that will need to be installed in the would-be smart schools.

MDeC and the ministry will also help the teaching faculty in each of the rural schools to optimise the ICT facilities given to them and will ensure that proper technical support is in place. “By the end of this project, MDeC also hopes to have a model to transform more rural schools into smart schools,” Norrizan said.(Blogger's note: Gods Willing!!!)

The upgrading of these schools, she said, gives MDeC a chance to get a hands-on approach to developing smart schools in Malaysia. Norrizan said that since the first 88 schools were transformed into smart schools between 2006 and 2008, there are now about 1,737 new smart schools in the country. “Most of them are not ranked as five-star smart schools because to get to that level, a school must use the IT facilities provided to innovate their teaching methods and I’m not talking about (just having) Powerpoint presentations,” she said.

She said the Education Ministry will help the lower-ranked smart schools improve on their IT usage so that they will eventually become five-star smart schools.(Blogger's Note: Based on the instrument used to measure the star rankking which are not very practical and still being questioned by all ???)

MDeC and the ministry will continue to supervise the first 88 smart schools so that they can further improve themselves, Norizzan said.(Blogger's Note : Yeah, Your have said it right....we are on our own from now on..get it?)

Smart schools is one of the main thrusts of the Ninth Malaysia Plan, which was announced in 2005.

According to the plan, the Government is promoting the utilisation of ICT in schools to enhance the quality of education in the country..

Saturday, December 12, 2009

Kursus akhir 2009

Sekali lagi kursus membina blog telah diadakan untuk kali terakhir tahun ini agaknya. Kursus dijalankan di Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor 9-11 Disember 2009. Kursus dikendalikan oleh GPB Syed Hassan dari SM3KB untuk Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSS Daerah Sabak Bernam. Laporan boleh dibaca di http://fasiblog.blogspot.com/ Lokasinnya di sini Majlisnya ini.... Fasilitatornya ... Sebahagian pesertanya...macam kenal ke? Termasuk Tn Hj Saroni...dari PPD Sabak Bernam

Saturday, December 5, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Majlis rasmi perkahwinan GPB Thuraipandiyan vs Tavamalar akan berlangsung di Butterworth Penang malam ni bertempat di Dewan SJK(C) Chung Hwa 2, Jalan Bagan 1, Taman Bagan. kepada kedua mempelai ucapan ikhlas dari kami GPBNSDE SELAMAT PENGANTIN BARU semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit juga Tahun depan Hari Keluarga dah boleh bawa anak sekali. Kepada kawan-kawan, sila bagi ucapan di ruangan komen sebagai detik kenangan.

Tuesday, November 17, 2009

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI.....

Kini Malaysia telah melangkah setapak lagi dalam transformasi pendidikan negara kita. 'SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI' (SBT). Mungkin ramai yang berfikiran biasanya istilah ini hanya dikenali di kalangan ahli sukan iaitu 'high performance sport' atau sukan berprestasi tinggi yang menjengah perjuangan atlit dalam mengharumkan nama negara di persada dunia melalui pertandingan-pertandingan berprestij mengikut sukan pilihan masing-masing. Bagaimana pula dengan sekolah yang berprestasi tinggi ini? Berikut merupakan penerangan ringkas berkaitan SBT.
High Performance Schools
What are high performance schools?
High performance schools join together the very best of today's design strategies and building technologies, as well as:
Provide a healthy and comfortable indoor environment.
Conserve energy, resources, and water.
Function as a teaching tool.
Serve as a community resource for neighborhood meetings and functions.
Ensure easy maintenance and operation.
Create a safe and a secure educational atmosphere.
Also, high performance schools are cost-effective and help to protect the environment.
K-12 Schools
In 2003, the California Department of Education estimated 35,000 new classrooms or 7,000 classrooms per year (19 per day) are needed to accommodate the projected number of unhoused K-12 students in the state. Over the next five years, $5.2 billion per year in school funding will be needed to design and construct nearly 300 schools annually in California. As school expenses rise, it becomes even more important to find new ways to minimize cost. High performance schools are an innovative and cost-effective alternative in controlling operation and maintenance expenses.
Another challenge facing California's schools is the demand for improved student performance. High performance schools create a better learning environment for children. Recent studies show a direct link between high performance design features and increased test scores. To provide an optimum learning environment, it is necessary to include high performance design concepts in the construction and modernization of California's schools.
Collaborative for High Performance Schools (CHPS)
Organized in 2000, the Collaborative for High Performance Schools is a collaborative of government agencies, utilities, and nonprofits that are working to improve the quality of California's schools. CHPS is developing standards for the design and construction of high performance schools. As a part of the collaborative's activities, CHPS stakeholders provide funding to assist in the implementation of high performance features.
CHPS offers a Best Practices Manual to assist architects, engineers, and school administrators in designing and building schools that offer an enhanced learning environment for children. CHPS Volume III, Criteria, provides a checklist for schools to self-certify that they have achieved "high performance" status. For information on school district's that are using the CHPS guidelines, visit the CHPS website. - dipetik dengan izin dari http://www.gpbsmkap.blogspot.com/

Thursday, November 12, 2009

KURSUS BLOG DI ROSA PASSADENA CH

Satu kursus peningkatan keprofesionalisme Ketua-Ketua Bidang Sekolah Menengah Hulu Selangor sedang berlangsung di Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands, Pahang. Kursus dijalankan mulai 11 - 13 November 2009. Slot membina blog dikendalikan oleh GPB Syed Hassan bin Hj Syed Mohamad dari SM3KB. Sedikit info mengeni hotel untuk renungan bersama. Sistem wifi di sini tak lah bagus sangat sebab dikenakan bayaran RM5.00 sejam dan tidak dapat dicapai dari bilik kecuali di lobby dan dewan persidangan. Untuk rekod username: a8gkvid5 ;psd:r9kw5jp9 - kalau ada yang nak ke sini di masa akan datang. Peserta kursus juga tidak mendapat sorang satu sebab dikenakan bayaran berasingan. Memandangkan keadaan ini, sudah dapat diramalkan slot membina blog tidak akan berjalan lancar. Apa pun 'the show must go on'. Dari bilik ini juga dapat dilihat permandangan begini:

Friday, November 6, 2009

Kursus Membina Blog Negeri Selangor

Kursus Membina Blog untuk Pegawai Unit Sukan jabatan dan PPD Negeri Selangor telah diadakan selama 4 hari bertempat di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson. Kursus dipanduselia oleh GPB Syed Hassan bin Hj Syed Mohamad (SM3KB) dan GPB Saemah bt Mat Sahir (SMKAP). Kursus berjalan lancar walau pun terdapat sedikit gangguan kerja sebab beberapa slot telah digunakan untuk menyiapkan tugasan mereka yang perlu di segerakan penyerahannya. Pada akhir sesi latihan, live broadcast dari PD telah dipancarkan via blog SM3KB. Blog-blog yang dihasilkan boleh dipantau di www.psppd+(singkatan daerah).blogspot.com cth. www.psppdpp.blogspot.com

Wednesday, November 4, 2009

Kursus Penyelaras Makmal Komputer Daerah Hulu Langat 2009




Satu Kursus Untuk Penyelaras Makmal Komputer Daerah Hulu Langat 2009 dilaksanakan pada 4 November 2009 hingga 6 November 2009 di Coral Bay Resort Hotel, Pulau Pangkor. Kursus ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. Kursus ini dihadiri oleh semua Penyelaras Komputer Sekolah Rendah daerah Hulu Langat bersama Juruteknik beberapa sekolah terpilih. Khidmat dua GPB selangor di daerah ini iaitu Encik Musa (SMKBBBangi) dan Encik Mohd Taip (SMAP Kajang) dan seorang guru ICT melaksanakan tugas sebagai facilitator kursus. Antara pengisian kursus ialah Taklimat SSQS dan SPPICT, Pengurusan makmal dan juga Troubleshooting berkaitan dengan tugas penyelaras makmal komputer.

Monday, November 2, 2009

PANAS!!!

Ada berita panas di www.infobestari.blogspot.com Jangan miss membacanya. Thurai kena ambil perhatian khusus !

Tuesday, October 27, 2009

AURA DYNASTY

Di kesempatan yang ada semua GPB berkumpul di sini, satu keputusan telah dicapai untuk membawa isu halatuju profession GPB yang tiada penghujung. Atas maksud itu, wakil GPB SeMalaysia akan bertemu dengan pihak yang berkenaan di BTP untuk meminta pertimbangan agar GPB turut diberikan peluang mendapat status Guru Cemerlang. Semoga usaha ini membuahkan hasil yang boleh dibanggakan.
Peluang bersemuka GPB SeMalaysia dengan Ketua Sektor Pembestarian Dr Muhammad & Dr Rosmah yang menjanjikan masa depan yang lebih cerah.

Monday, October 26, 2009

Hari Pertama Latihan





GPB SeMalaysia sedang menjalani latihan SPS. Suasana di BALLROOM Tingkat 5 .....Di kesempatan ini selepas sesi latihan, semua GPB telah sebulat suara menyokong usaha-usaha yang sedang diatur untuk mencari kebenaran dan menegakkan hak GPB yang selama ini bagaikan dipinggirkan dari peluang-peluang untuk menikmati peningkatan dalam perjawatan yang disandang selama 1 dekad ini. Pandangan dan cadangan GPB akan diterjemahkan kepada tindakan dengan kadar seberapa segera.

GPB D`DYNASTY

Mulai hari ini Isnin 26 Okt hingga Jumaat 30 Okt, GPB Negeri Selangor sedang menjalani Latihan SPS di Hotel Dynasty, KL Pengisian lebih kepada membuat jadual waktu menggunakan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang dijangkakan akan dilaksanakan sepenuh tahun 2010.

Thursday, October 22, 2009

TERKINI

Sudahkah anda membaca email yang dihantar kat moe.edu.my (Thurai tak terlibat!).

Ruj. Kami : KP(BTP-PENT)8800/50/23 Jld.2( )
Tarikh : Oktober 2009 (Tarikh pun tak ada)

LATIHAN ASC DAN LATIHAN TAMBAHAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) UNTUK PENYELARAS BESTARI DARI 88 SEKOLAH BESTARI terbahagi kepada 2 kumpulan GPB dan Guru Media.
Kumpulan 1: Semua GPB
Tarikh : 26 hingga 30 Oktober (Isnin hingga Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 10.30 pagi (rujuk jadual)
Tempat : Dynasty Hotel, KL
Pendaftaran : 26 Oktober 2009 (Ahad)

Kumpulan 2 : Guru Media
G1
Tarikh : 27 hingga 30 Oktober 2009 (Selasa hingga Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 10.30 malam (sila lihat jadual di Lampiran 2)
Tempat : Pearl International Hotel
Batu 5, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur
Pendaftaran : 26 Oktober 2009 (Isnin)

SMK Telok Datok, 42700 Banting, Selangor
Selangor,
SMA Persekutuan Kajang, 43000 Kjg, Selangor
Selangor
SM Sains K Selangor, 45000 KS, Selangor
Selangor

G 2 :
Tarikh : 2 hingga 5 November 2009 (Isnin hingga Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 10.30 malam (sila lihat jadual di Lampiran 2)
Tempat : Hotel Dynasty
218, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
Pendaftaran : 1 November 2009 (Ahad)

SMK (P) Sri Aman
Selangor,
SMK Sg. Pusu, Jln Gombak, KL
Selangor,
SMK Kuala Kubu Bharu, 44000 KKB, Selangor
Selangor,
Kolej Islam Sultan Alam Shah
Selangor
SMK Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor
Selangor
SMK Bandar Baru Bangi, 43650 BBB, Selangor
Selangor.
Latest dari Puan Nurulain Ismail (03-20986945) BTP...muktamad.

Tuesday, October 20, 2009

Tukar switch Bestari

Hari ini Sdr Mohd Izwan dari BTP bersama Syarikat Network Solution berada di SMKKKB untuk menggantikan switch yang ada module fibre optik. 3 set switch yang diterima pada bulan Disember 2008 rupanya bukan dari BTP tetapi merupakan central kontrak untuk gantian projek perkomputeran sekolah. Yang diterima hari ini yang sebenarnya setelah menanti nak masuk setahun. Ini lah rupanya cabinet yang telah disusunkemas semula oleh mereka bertiga. Capai internet pun rasanya lebih lancar dan laju seperti yang sepatutnya.
Pn Roimah telah berpindah ke Kementerian lain jadi diambil alih oleh sdr kita ni dan sedang membuat tindakan susulan. Sg Pusu dah terima tapi senyap je tak bagi khabar berita. Lepas ni bersedia le KISAS, KUSESS, Bangi, Sungai Besar, Teluk Datuk dan SMAP. Projek ini tidak melibatkan sekolah bestari peluasan buat masa ini. Dengar ceritanya Mr.Liew dah naik ke IAB sebagai pensyarah MOODLE..dan Sdr Rizal kini dah jadi pilot kapal terbang untuk Canadian Airlines.

Monday, October 19, 2009

Segera

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.

SPPICTS boleh diakses dialamat berikut;

a. http://ssqs.moe.edu.my atau
b. http://pnp.moe.edu.my/ssqs

Tempoh Kutipan Data

a. 22 Feb 2009 - 13 Mac 2009
b. 15 Jun 2009 - 03 Julai 2009
c. 14 Sept 2009 - 02 Okt 2009

PERHATIAN: Semua kutipan kali ke tiga bermula pada 14 September 2009 dan berakhir pada 19 Oktober 2009. Semua sekolah diharap membuat tindakan segera. Harap maklum.

Ada tak sekolah terima surat atau email suruh buat perkara di atas. Ni dah saat akhir baru PKG telefon.

Wednesday, October 14, 2009

WHATS UP!!!

Raya dah nak sampai ke penghujung.PMR baru selesai. 20hb Oktober dah dekat sangat. Keputusan mesyuarat di KLIA tak dengar berita pun. Ada juga yang tertanya-tanya..'JADI KA TAK JADI" -
1. Mesyuarat di Bangi?
2. Lawatan penutup 2009 di Sri Aman?
3. Jemputan En Zahri ke Brunei?
4. SSQS akhir tahun?
5. Pengisian borang PPICT akhir tahun? Mungkin ada sesuatu keputusan baru dicapai yang tidak dimaklumkan kepada semua yang terlibat. Apa pun sebagai GPB yang berada di bahagian bawah hiraki...ADA SURAT KITA PERGI...KALAU TAK ADA TAK PAYAH NANTI-NANTI !!!
Apa pun konsensus yang dipersetujui oleh GPB masih belum diambil tindakan. Yang paling utama header blog GPB perlu ada nama...silalah tambah kalau belum dibuat. Laporan ini diupdate dari Hotel Putra,KL. Kursus membina blog untuk Guru Cemerlang Daerah Hulu Selangor sedang berlangsung. Latihan dipanduselia oleh GPB Syed Hassan bin Hj Syed Mohamad. Pantauan boleh dibuat di www.gc+mp+singkatan sek cth. www.gcbism3kb.blogspot.com

Wednesday, September 23, 2009

Ziarah Eidul Fitr

Salam Eidul Fitr buat semua muslimin & muslimat. Terasa sedih bila Ramadan meninggalkan kita mudah-mudahan ketemu Ramadan sekali di tahun hadapan. Hanya doa kita .. Allahumma Baariklana fi Ramadan wa balighna ila Ramadan. Tahniah buat Tuan Pengerusi yang mengotakan janji ziarah rumah teman gpb. Tup..tup raya kedua sudah terpacul di rumah saya ler. Nah buktinya.Gaya macho papablog

Monday, September 21, 2009

Tuesday, September 15, 2009

HASIL MESYUARAT DI KLIA


Satu mesyuarat GPBNSDE bersama KUTV NSDE telah diadakan dari 14 September hingga 15 September 2009. Mesyuarat pada 14 September telah dibahagikan kepada 4 sesi yang diisikan dengan majlis ilmu yang amat bermanfaat.
Sesi 1 - 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Taklimat dan Perbentangan SMART Monitoring oleh En. Zahri b. Haji Ramlan
S - Spread The News
M- Monitor Always
A - All Must Be Involved
R - Review
T - Travel to All Schools
Beliau juga telah menerangkan hala tuju sekolah bestari Negeri Selangor dan pencapaian cemerlang yang perlu dikekalkan agar menghasilkan impak "5 star rating" untuk semua sekolah bestari Negeri Selangor.
Sesi 2 - 11.15 pagi sehingga 12.30 tgh.
Mesyuarat berasingan KUTV dan GPBNSDE dengan agenda masing-masing. Mesyurat GPB telah dipengerusikan oleh Tn. Syed Hassan telah mencapai kata sepakat beberapa perkara yang perlu diselaraskan.
a. Montaj Sekolah
Duration persembahan maksima 7 minit.
Nama Sekolah.
Visi & Misi sekolah.
Pengurusan sekolah- pentadbir Pengetua, GPK,KB, dan GPB
Lokasi sekolah
Kemudahan infrastruktur
Kejayaan sekolah - yang outstanding saja.
b. Blog Persendirian GPB
Heading – GPB+ Nama Sekolah …. Dan nama GPB. Layout background atas kreativiti sendiri
Jam
Calender- optional
Blog GPB mesti link ke GPB lain dan blog induk GPBNSDE – email optional.
Ruang Comment aktifkan.
Kandungan terserah kepada GPB – aktiviti GPB sahaja ( sekolah dan luar sekolah)
Sediakan blog asing untuk sumber bahan P&P mata pelajaran yang diajar oleh GPB untuk 'link' ke dalam blog persendirian.
SESI 3 - 2.30 petang - 5.30 petang
Dalam sesi ini GPBNSDE telah ditugaskan untuk mengendalikan bengkel pembinaan blog kepada pegawai-pegawai JPNS dan KUTV pada tahap basic dan advance. Bengkel ini telah dimulakan oleh En.Zahri dengan menjelaskan penggunaan blog dan fungsinya. Bengkel telah dilaksanakan dengan jayanya bila mana GPB telah bersama-sama mengambil peluang mengajar setiap peserta dengan menjadi penceramah dan fasilitator. Setiap peserta diberi manual membina blog yang telah disediakan oleh En.Zahri dan Tn. Syed Hassan.
.

SESI 4- 6.30 petang - 7.10 petang
Tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Kandungan ceramah amat bermakna dalam membantu meningkatkan iman dan mengumpul pahala sepanjang Ramadhan.
Penceramah mengajak semua peserta membuat amal ibadat dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan syirik yang boleh menidakkan seseorang memasuki syurga buat selamanya.
SESI 5 - 7.13 malam - 9.30 malam
Majlis Berbuka Puasa dan sembahyang berjemaah solat maghrib, solat Isyak dan solat tarawih. Syukur ibadah ini dapat disempurnakan dan makanan berbuka juga sedap dan amat membuka selera.
15 September 2009
SESI 1 - 2.00 am hingga 4.00 am
BERSAHUR- Semua peserta memulakan hari ini dengan aktiviti bersahur seawal jam 2 pagi dan tamat pada jam 4 pagi. Kalau di rumah, 4 pagi tu baru nak bangun masak...... Pandai-pandai la simpan energy sampai berbuka nanti.
SESI 2 - 9.00 - 11.30 pagi - Mesyuarat berasingan kumpulan GPBNSDE dan KUTV NSDE telah berjalan dengan lancar. GPB telah melaksanakan tanggungjawab yang diberikan ....
i. cadangan tarikh diadakan taklimat kepada semua sekolah dalam Negeri Selangor berhubung pengisian SSQS akhir tahun 2009.
ii. menyemak dan membetulkan Borang Pemantauan Penyelarasan Sekolah Bestari Negeri Selangor.
a. Tarikh dan kaedah pemantauan terserah kepada KUTV.
b. Dalam folder DOKUMEN SOKONGAN perlu ada partition untuk PELAN STRATEGIK TAHUN SEMASA -1 salinan.
iii. ThinkQuest.org - cadangan review untuk GPBNSDE - diadakan semasa mesyuarat di Bangi sebelum diperluaskan ke semua sekolah dalam Negeri Selangor (sasaran 6oo sekolah) mulai 2010. (Tindakan susulan diserahkan kepada Cikgu Musa dan Cikgu Taip selaku fasi peringkat kebangsaan).
iv. Hari Keluarga GPBNSDE - bulan Disember. Tindakan susulan Pengerusi & Setiauasaha.
Rumusan mesyuarat telah dibuat oleh En Zahri sebelum perpisahan pada jam 12.30tgh.

Wednesday, September 2, 2009

MESYUARAT DI KLIA

Maklumat yang diterima secara lisan dari En Zahri harap diambil perhatian. Surat rasmi akan menyusul.
Satu pertemuan GPB-KUTV Negeri Selangor akan diadakan pada 14-15 September 2009(Isnin-Selasa) di Concorde Inn, KLIA (yang ini termasuk Cikgu Thurai & Cikgu Saemah) yang akan bermula jam 9.00 pagi. Bagi yang bangun bersahur bolehlah bergerak selepas Subuh tapi Cikgu Thurai kena usahakan untuk sampai sana awal sebab nak tumpang Cikgu Brahym. Kesempatan ini diambil untuk majlis berbuka puasa JPNSDE dan tarawih bagi mengeratkan silatulrahim antara Selangorian disamping agenda mesyuarat yang akan dimaklumkan kemudian. Harap bersedia untuk meluangkan masa.
=========terkini======
Email sedang dihantar kepada semua yang terlibat untuk mengesahkan penginapan dari Pn Zuraida. Tentatif agenda : 140909 - 8.30 pagi - Mesyuarat1
2.00 ptg - Slot latihan ICT kpd pegawai JPN
7.00 mlm - Berbuka puasa
8.30 mlm - Tarawih
150909 8.30 pagi - Mesyuarat 2 : GPB
Jika ada maklumat yang lebih terperinci apa pengisian mesyuarat 1 & 2, sila tambah di sini (u.p En Zahri) supaya GPB boleh buat persediaan. Slot latihan akan diisi dengan Membina Blog (basic & advance). Harap maklum.

Tuesday, September 1, 2009

MESYUARAT FUAT DI PD ...ON

Atas kesilapan teknik membaca email yang dikirimkan oleh En Zulkifli tempoh hari...berikutan tidak ada surat rasmi penangguhan yang dimaksudkan....maka semua GPB Negeri Selangor perlu bergerak ke Port Dickson selewat-lewatnya jam 10.00 pagi hari ini Selasa 1 September 2009. . KITA BERJUMPA DI PD !!!

3 Sept 2009 - Laporan dan hasil mesyuarat, sila tengok di http://brahym.blogspot.com/


Pertemuan yang tidak diduga...... lama tak jumpa,di PD bersua muka ....Ms Sofea & Faridah dari MDEC.

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA



SELAMAT KEPADA MALAYSIA !!!


MERDEKA SUDAH 52 TAHUN...


SEMOGA KEKAL LAGI 52 TAHUN

Friday, August 28, 2009

PENANGGUHAN FUAT 1-3 SEPT

Are you all aware of this? Email terkini 28 Ogos 2009 jam 4.00 petang dirujuki

PENANGGUHAN SESI FUAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH ===============================================
Sesi mesyuarat FUAT telah berlangsung bermula 17 Ogos 2009 hingga 3 Sept 2009 di BTPN Kedah, BTPN Kelantan, BTPN Sabah, BTPN Johor, BTPN WPKL dan BTPN N Sembilan. Cuma kumpulan ITC Selangor yang masih belum melaksanakan mesyuarat yang dijadualkan pada 1 - 3 Sept 2009. Berdasarkan sesi maklum balas, terdapat kecenderungan daripada ITC agar tiga modul utama perlu dirombak berdasarkan keperluan sekolah. Tiga modul itu ialah modul Pengurusan Jadual Waktu, Kehadiran dan Peperiksaan. Syarikat RASB maklum perkara ini dan hasil daripada perbincangan di peringkat BTP semua pihak bersetuju agar sesi FUAT ditangguhkan dulu sebelum penelitian terhadap tiga modul itu selesai. Selain itu, RASB juga sedang dalam proses mengemaskini modul (patching) dan sehingga setakat ini dua kali patching telah dilaksanakan bermula 21Ogos 2009. Ini bermaksud RASB inginkan agar sistem ini benar-benar berfungsi dan mengikut keperluan pengguna di sekolah. Berdasarkan dua perkara di atas, saya memohon tuan/puan menangguhkan dulu sesi FUAT yang dijadualkan pada 1 Sept 2009 (selama 10 hari). Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian.
Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini diucapkan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menurut perintah,
........................
(ZULKEFLI B HJ MUHAMMAD)
b.p Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pesiaran Bukit KiaraKUALA LUMPUR
tel: 03-20986655

Monday, August 24, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN AL- MUBARAK














Alhamdulillah Allah masih menyayangi diri kita kerana membenarkan kita menghirup udaraNya sehingga bertemu penghulu segala bulan Ramadan Al Mubarak 1430 Hijrah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kta untuk menjalankan ibadah puasa tahun ini dengan lebih baik dan sempurna dari tahun-tahun sebelumnya.

Kepada semua rakan-rakan dan sahabat yang sempat mengintai ruangan ini "Selamat Berpuasa", moga puasa kita diterima oleh Allah s.w.t. Rebutlah peluang yang terdapat dalam bulan Ramadan kerana ianya adalah "Special offer" dari Allah untuk kita rebut pahala yang berlipat kali ganda. Banyakkanlah beramal ibadat bagi menyuci segala dosa lalu Amin...

TO ALL MUSLIMS LOCAL & ABROAD












Specailly dedicated to Thurai - SK Vaseegar KS.

Thursday, August 13, 2009

Pengisian SSQS

Assalamualaikum.....Salam sejahtera. Teman GPB Selangor semua. Pengisian SSQS akan berakhir besok 14 Ogos. So sesama kita kena faham apakah tindakan kita. Apatah lagi kita ingin menjadikan Selangor sebagai pelopor kecemerlangan Sekolah Bestari. Memang agak rumit untuk mengumpulkan 30 guru dan 30 pelajar untuk tujuan pengisian tersebut. Saya melakukan begini, setiap hari saya mengumpulkan 10 guru bermula jam 8.00 pagi untuk tujuan tersebut. AlhamduLillah puan pengetua memberikan kerjasama yang amat baik untuk itu. Malahan beliau sendiri mengambil inisiatif mengisi sendiri respondens tersebut. Sebelum ini beliau mengarahkan guru pengurusan yang lain namun tahun ini beliau mengisi sendiri. Tahniah untuk semua pengetua dan guru besar yang melakukan hal yang demikian. Saya boleh merasakan kepuasan terpancar dari wajah beliau selesai sahaja beliau mengisi respondens tersebut.
Saya sendiri baru selesai mengisi SSQS semalam pagi untuk pelajar. Kerjasama dari pelajar amat memberangsangkan. Sekarang saya berada di Coral Bay Pangkor, untuk kursus ICTL sekolah menengah peringkat daerah. Sekian, wassalam.

Tuesday, August 11, 2009

UNPLANNED MEETING

I have just received a call from Mr.Zahri JPN at 3.30pm today asking if we could all attend a meeting set on Thursday 13 August 2009. Venue not fixed yet. Letter of invitation will be faxed to all 12 schools tomorrow or can downloaded from www.gpbnsde.googlegroup.com. Urgent response is needed to see if all can make it or whoever has other planned programmes will have to send your penolong.(assistant le).Agenda of meeting - oovoo.com & justin.tv - our prayers have been answered. So lets make it possible!
There will also be another meeting on 1-3 September 2009 at Port Dickson. Invitation letter has arrived but still with Pengetua...couldn't know the agenda. Any response please!

Email berikut adalah dirujuk:
Salam All GPB,
Mesyuarat tergempar dirancang hari Khamis 13 Ogos 09 terpaksa ditangguhkan atas sebab yang tak dapat dielakkan. Insya'Allah tarikh terbaru saya akan umumkan kelak.
Kita merancang, tapi Tuhan menentukan.
Terima kasih

En. Zahri bin Hj Ramlan
Penolong Pengarah kanan
Kurikulum ICT & Pengkomputeran
Jabatan Pelajaran Selangor

Monday, August 10, 2009

PEMANTAUAN SSQS

Agak menghairankan bagaimana setengah sekolah boleh masuk online untuk buat pengisian borang pemantauan. Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, page yang dipaparkan hanya membolehkan cetakan borang pamantauan bermakna semua pengisian perlu dibuat secara manual. Jika benar keadaan masih seperti itu, sekolah dalam negeri Selangor tidak akan mengisi borang berkenaan sehingga sistem online dapat digunapakai. Apa kata yang lain-lain..sila komen.
Terimakasih kepada yang membalas....jadi untuk login guna : kodsekolahr pwd:123
Nombor ID respond boleh dicetak je dari sesawang asal log in kodsekolah je pastu cetak senarainya.

Thursday, August 6, 2009

PERTANDINGAN INOVASI BTPN

Surat PSPN(SEL)8802/4/2 Jld.3(11) adalah dirujuki.
BTPN Selangor akan mengadakan pertandingan Inovasi bersempena Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Tahun 2009.
Semua sekolah telah dijemput untuk menyertai pertandingan ini dan syarat pertandingan ada disertakan untuk rujukan. Tarikh tutup penyertaan 1 September 2009 dan pembentangan projek perlu dibuat pada minggu kedua bulan September. Sebarang permasalahan sila hubungi Pn Siti Amarah bt Hj Adnan (o13-3984755).
Ayuh semua GPB Negeri Selangor - kita sertai pertandingan ini atas nama Sekolah Bestari negeri Selangor, Jangan biarkan sekolah biasa menjadi juara. Sekolah Bestari Negeri Selangor menggungguli segalanya.

KAJIAN KEBERKESANAN SEK BESTARI

Surat KP(BPPDP)601/006/24(18) dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 21 Julai 2009 adalah dirujuki.
Bahagian ini sedang menjalankan Kajian Keberkesanan Platform Teknologi Sekolah Bestari yang dibekalkan kepada semua 88 Sekolah Bestari di Malaysia.
Borang soal-selidik telah dikirimkan kepada Pengetua untuk dibantu oleh GPB mendapatkan respond dari 14 respondan berikut:
i. Pengetua (hijau) = 1
ii. GPB (biru) = 1
iii. 3 guru Sains , 3 guru matematik, 3 guru BM & 3 guru BI = 12 ( borang merah jambu)
Semua borang kajian hendaklah sampai semula ke bahagian ini sebelum 27 Ogos 2009.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Sheela Nair -03-88846390 / 013-3421000
Semua GPB Negeri Selangor harap sedia maklum akan perkara ini dan sila ambil tindakan segera. Biar Selangor mengungguli semua aspek pengurusan Bestari.

Wednesday, July 29, 2009

Meja Bantuan SPS

Untuk makluman kita bersama, surat dari BTP Ruj: KB(BTP-PENT)8800/50/23 Jld.2 (15) bertarikh 17 Julai 2009 adalah dirujuki.
1. Nombor untuk dihubungi berkaitan SPS - 1-800-88-4774 antara jam 7.30 - 5.30 ptg -Ahad hingga Jumaat.
2. Personel untuk dihubingi - En Zulkefli bin Muhammad - 03-20986655 / 0123237478 atau emai ap@moe.edu.my
3. Aduan boleh juga dibuat melalui STS - Support Ticketing System
Sehubungan dengan itu migrasi data telah selesai. GPB Negeri Selangor sila ambil perhatian perkara-perkara berikut :
i. Tandatangan SAP - Sijil Akuan Penerimaan - selepas disahkan migrasi data telah dilakukan di sekolah
ii.Tandatangan SPP -Sijil Pengujian & Pentaulihan - selepas membuat verifikasi data.
Migrasi dan verifikasi data hendaklah diselesaikan pada 24 Julai 2009.(???)(Nota kaki: Kedua-dua surat ini diterima oleh GPB pada 28 Julai 2009)
Sila guna contoh borang yang dibekalkan bersama surat KP(BTP-PENT)8800/50/23/Jld2.(16) bertarikh 17 Julai.
BTP akan menjalankan Kajian Kepuasan Pengguna ke atas kesesuaian dan kebolehlaksanaan SPS. Kajian akan bermula pada 25 September-24 Oktober 2009. Oleh itu diseru kepada semua GPB Negeri Selangor untuk menggunakan SPS secepat mungkin. Biarlah kita menjadi negeri pertama menyahut cabaran ini - dengan pertolongan Allah jua. Amin

Thursday, July 23, 2009

APICTA 2009 - bertindak segera !!!

Seperti yang tuan/puan sedia maklum, pihak Multimedia Development Corporation (MDeC) terlibat secara langsung dalam pelaksanaan MSC Malaysia Asia Pacific ICT Alliance Awards (MSC Malaysia APICTA 2009).
Penerangan dan poster mengenai MSC Malaysia APICTA 2009 telah diberikan ketika Taklimat Tahunan 88 Sekolah Bestari yang diadakan pada 11 Jun, 2009. Walaubagaimanapun, pihak MDeC mendapati penyertaan daripada 88 sekolah bestari amat mendukacitakan.
Oleh yang demikian, pihak MDeC menyeru kerjasama daripada semua pihak bagi 88 sekolah bestari untuk menghantar sekurang-kurangnya 1 pencalonan bagi MSC Malaysia APICTA 2009.
Untuk makluman, tarikh pencalonan telah dilanjutkan kepada 26 Julai, 2009.
Maklumat lanjut berkenaan MSC Malaysia APICTA 2009, sila rujuk kepada http://www.mscapicta.com.my. Disertakan bersama-sama ini juga, maklumat ringkas mengenai kategori pencalonan untuk rujukan tuan/puan.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila kemukakan kepada Cik Nancy Choy: 038315 3348/019266 6075
atau Cik Premalatha: 03 8315 3349.
Kerjasama dan sokongan tuan/puan untuk menyertai MSC Malaysia APICTA 2009 amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

Ita Hasni Yahya
Senior Executive - Smart School Department
Socio-Economic Development Division
Multimedia Development Corporation (MDeC)

(Dipetik dari email terkini BTP kepada semua GPB - GPB Negeri Selangor segera ambil tindakan.)
maklumat lanjut sila layari http://www.mscapicta.com.my

Wednesday, July 22, 2009

D'MUARA DORANI


Dorani Bayu Resort .....







Mesyuarat bermula....



Di SMK Sg Besar....




Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Pasukan 'TASK FORCE' SSQS Negeri Selangor 2009 telah diadakan pada 21-22 Julai 2009 (Selasa-Rabu). Mesyuarat kali ini diadakan di Dorani Bayu Resort, D'Muara Marine Park, Sungai Hj Dorani, Sungai Besar, Sabak Bernam.Semua KUTV dan GPB 10 daerah dalam negeri Selangor telah menghadiri mesyuarat ini. Turut hadir wakil PKG daerah Sabak Bernam
Bermula jam 2.30 petang 21 Julai 2009 hingga 2.30 petang 22 Julai 2009, mesyuarat telah mencapai beberapa resolusi untuk tindakan pihak-pihak yang berkenaan.
Agenda bermula sebaik sahaja ahli mesyuarat sampai ke lokasi dengan perbincangan latihan PC Lab baru untuk sekolah-sekolah terpilih tahun 2009 disampaikan oleh Syarikat Imperical Sdn Bhd. Perkara-perkara berkaitan tarikh & lokasi latihan dicapai untuk tindakan susulan KUTV semua daerah.
Selepas minum petang, mesyuarat diteruskan dengan persembahan kompilasi montaj sekolah bestari yang mengambil masa kira-kira 1 jam. Mengakhiri agenda pada petang pertama ialah taklimat tentang program Score A yang tamat pada jam 7.00 mlm dan hidangan makan durian. Mesyuarat bersambung semula pada jam 9.00 malam selepas menikmati hidangan yang disediakan oleh restoran D'Muara yang enak tidak terkata.
Sesi malam diisi dengan pelaporan pemantauan SSQS yang telah dibuat oleh kumpulan TASK FORCE yang telah bergerak ke sekolah-sekolah bestari pada 14-17 Julai lalu. Hasil pembentangan, mesyuarat telah bersetuju untuk membincangkan dan mencapai kata putus berhubung perkara sistem filing di sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 malam.
Pada hari kedua22 Julai 2009, ahli mesyuarat telah bergerak ke SMK Sg Besar untuk lawatan penanda arasan ke 2. Pelbagai ilmu ditimba semasa lawatan ini disamping menikmati hidangan spesial - soto, bubur jagung dan nasi ambeng sebelum berangkat pulang. Sebelum itu mesyuarat telah mencapai kata putus berhubung sistem filing dengan persetujuan berikut :
1. Semua dokumen formal difailkan dalam FAIL PUTIH urusan pejabat.
2. GPB perlu menyediakan minima 6 folder (fail hitam kulit tebal) iaitu:
i. Folder surat menyurat
ii.Folder Minit
iii. Folder Pekeliling
iv. Folder Briged Bestari
v. Folder Aset Alih & Inventori
vi. Folder Dokumen Sokongan Terkini
Dalam pemantauan ke 2, semua sekolah bestari hendaklah memastikan semua folder di atas telah disediakan dan ditunjukkan oleh GPB. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Zahri bin Hj Ramlan KTP Unit ICT JPN Selangor telah berakhir dengan penuh kepuasan atas layanan pihak SMK Sg Besar dan kejayaan mencapai kata putus untuk kebaikan bersama. Cadangan mesyuarat seterusnya ialah di daerah Hulu Langat. Berjumpa di sana !!!